Sebelum ini pihak disebelah sana sibuk berkata yang saya lah menulis setiap satu post/ucapan untuk Tun Dr Mahathir,
Sedangkan mereka tidak tahu disebalik setiap satu post itu, ada Tun Dr Mahathir sendiri yang menulis semua idea-idea beliau diatas helaian kertas sebelum ditaip ke komputer.
Jujur saya katakan, saya senang bekerja dengan Tun Dr Mahathir kerana beliau bukanlah tipikal bos yang akan lepas tangan mengenai kerja-kerjanya. Tetapi sebaliknya, beliau akan meneliti satu demi satu serta menambah baik kerja yang diberikan.
Walaupun beliau sangat teliti dengan hasil kerjanya, Namun, beliau sangat terbuka dengan idea-idea baru yang diketengahkan. Yang mana baik, beliau akan terima. Jarang pada masa ini, kita lihat nilai-nilai sebegini ada dalam peribadi majikan. Inilah yang membuatkan saya semakin hormat kepada beliau.
At 92, he still reads like a PHD student, write like a professional writer and speak like a statesman. I can only wish that I’ll be as sharp as him when I am 90.
-Syed Saddiq-